-->
La Dolce Ameera ♥

Monday, 1 August 2011

Ramadhan (:

Seperti yang kita semua tahu , bulan Ramadhan adalah bulan yang pernuh dengan keberkatan . Walau sekecil mana amalan baik yang kita lakukan , besarlah ganjaran yang kita boleh dapat . Hari ni , aku dah tak de kerja . So saja nak postt tentang kebaikan atau kelebihan bulan puasa ni . Mesti ada yang tak tau lagi kan ? Antara kelebihan bulan Ramadhan berbanding dengan bulan lain :


1) Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.

2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik ini dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.

3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran adalah pembimbing kepada umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.

4) Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ianya adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.

5) Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.

6) Bulan pahala amalan dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.

7) Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.


Semoga korang semua dapat menggunakan bulan Ramadhan ni dengan amalan-amalan yang baik kayy :')  Puasa jangan tak puasa :')
Credit to : ******

Jangan lupa tekan button like tu , hihi , thanks (;

Ditaip Oleh qameera at 07:18

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Takutnya nak ambik keputusan PMR >.<
Kalau rajin , boleh like :D
Shout Here ;')
Listen To My Heart ♥
Thank You ♥  cookie monster =>
Assalamualaikum and hello (: This blogger is belong to Ameera Quzaimah Bt Jamaludin . She just an ordinary girl with happy life and got nothing to be proud of it . Please be nice with her cause she do have her own feeling .. Please . Dont judge her before you know her well . Thanks for choosing up to read this blog

Cookie Monster I ♥

Cookie Monster I ♥

Cookie Monster II ♥

Cookie Monster II ♥
Powered by Blogger.